Wednesday, May 6, 2015

Separuh Jalan Lagi

Assalammualaikum....

Apa khabar semua pembaca blog ini. Macam ada yang baca je kan. Hehehe. Lama rasanya tak berceloteh kat sini. Maklumlah, student life. Kesibukan yang membuak-buak ditambah dengan kekurangan idea untuk mengomel kat dalam ini menjadi punca terbesar kenapa dah lama tak update blog ni. Hari ni nak cerita sikitlah sebanyak pun boleh. Hahaha. Aku tinggal dalam 5 minggu je nak habiskan degree ni. Dari awal semester sampailah sekarang ni, life sebagai student semester akhir amatlah mencabar. Setiap minggu mesti ada sahaja menda penting harus dilakukan. Test, presentation, discussion, video dan sebagainya. Ini belum lagi dengan case-case study yang bakal disiapkan ada tu yang belum dapat lagi pun case nya.

Tapi, this sem punya assignment mostly mencabar. Presentation skill, macam mana kita manage time kita, kreativiti dan berfikir diluar kotak. Semuanya telah diterjemahkan lebih hampir separuh perjalan final sem ni. Bayangkan, budak-budak akaun yang norma kehidupannya adalah kalkulator tiba-tiba disuruhnya menari, menyanyi. Nama pun last sem, aku rasa benda ni satu yang interesting. Sebab, dah biasa sangat dengan presentation yang terlalu formal. Dalam masa sama bolehlah membahan antara satu sama lain.
Ini masa persentation Case 2 Proton: From Saga to Exora. Kami menari hindustan dan buat Zumba.

Groupmate untuk beberapa subjek. Tak tidur malam nak settlekan assignment


Separuh pejalan lagi, akan berakhirlah segalanya. Tapi Ilmu itu harus dituntut selagi hayat dikandung badan. Separuh perjalan yang tinggal ini, aku dah mula berfikir nak kerja atau nak sambung belajar atau kerja dan belajar dalam satu masa. Separuh perjalan ini juga akan aku manfaatkan bersama rakan sekelas. Masa yang berkualiti bukannya boleh dapat diulang-ulang. Aku dah pernah kerja dan aku dah pernah belajar. Bagi aku, belajar lah benda paling best sekali dalam hidup. Jumpa kawan, having a good relationship, buat kerja gila sesama, kena marah dengan lecturer sesama, gaduh sesama dan bersuka ria bersama.

classmate aku yang sentiasa havoc kadang-kadang geram je perangai kan. hahaha

Separuh perjalan ini, semoga inyanya membawa seribu erti dan dipermudakkany olehNya.

No comments:

Post a Comment