Friday, April 25, 2014

Main perang-perang dan terus terbunuh

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya semua common test untuk mid semester dah berakhir. Tinggal tunggu lecturer marking paper je. Risau mestilah ada. Cuma boleh bertawakal je kepada Allah. So, dah habis exam seminggu yang melelahkan pastinya nak hilangkan stress. Mulanya aku bercadang nak rehat dan topup tidur je. Sebab seminggu ni tidur lambat lepas tu bangun awal. Tapi apakan daya, kawan pulak merayu dan ajak pergi main Paintball. Mulanya tak nak sebab yang telah dinyatakan di atas. Tapi sampai 3 orang punya pujuk ajak main juga. Melibatkan lah diri juga.

Bila sampai je kat tempat tu, Ya Allah panasnya. Sebab dia buat kat tengah padang. Dan cuaca semalam sangatlah panas. Habislah rentung muka yang dah sedia rentung ni. Terus terang aku cakap, ini first try aku main paintball. Ya, tolong jangan gelak. Ini adalah cubaan pertama okay. Yang aku tahu, kalau kena tembak especially kat badan memang rasa sakit dan lebam. Dengar bunyi pistol pown dah cukuplah, menggerunkan. Haha. First game, masuk barulah tahu perasaan sebenarnya. Ya Allah, masing-masing takut nak keluar dari tempat persembunyian. Hahaha. Last sekali first game kalah. Masa first game ni aku kena lah tembakan kat ass. haha. Agak sakitlah juga. Tapi paling sakit bila masuk game ke dua bila lawan face to face. Kena tembak banyak kali nasib yang kenanya satu kat badan. Perasaannya adalah sakit dan lebam. Amik kau, hadiah dari main paintball. Rule dia, dah kena tembak mati. For surelah. Kalau kena tembak tak mati, baik tak yah ada game. Hahaha.

My team: Azman, Aku, Raihana, Farahana, Nabila

Game ke 4 baru lah merasa kemenangan. Tu pun kemenangan free, sebab one of the member team lawan bukak mask. Sesungguhnya, paintball semalam walaupun penat dan sakit tapi ianya satu pengalam paling beharga. Rasa macam nak pergi main lagi dan lagi. Hahaha

Main paitball dah terasa macam di medan perang. Kita sentiasa elak untuk kena peluru. Tapi ini kita kena tembak cuma sakit dan lebab tapi tak mati. Aku dapat bayangkan askar-askar yang bertarung nyawa untuk negara. Mesti hatinya berdebar setiap kali dengar tembakan. Nyawa di hujung tanduk. So, hargailah jasa perwira-perwira negara.




p/s- kalau suka like :)

No comments:

Post a Comment