Monday, March 10, 2014

Minggu pertama kuliah...

Assalammualaikum...

Akhirnya, setelah sebulan setengah bercuti semester akhirnya kembali aku ke UiTM Johor untuk meneruskan misi menggenggam segulung Ijazah Pertama dalam Perakaunan. Tidak dapat dinafikan semakin tinggi pengajian jalannya pasti lebih mencabar. Ini adalah semester terakhir aku sebelum semester depan aku berdepan dengan praktikal. Perasaan teruja dan takut untuk semester ini pastinya ada. Walaupun subjek yang diambil makin berkurang untuk paper final tapi setiap subjek mempunyai kesukaran yang amat tinggi.

Antara subjek yang aku takuti semester ini ialah COMPANY AND GROUP FINANCIAL REPORTING (FAR450). Dia lebih kurang sama je dengan masa belajar FAR300 masa diploma dulu tapi ianya lebih advance dengan harus consolidate akaun banyak subsidiary punya akaun. Masa diploma dulu hanya consolidate satu subsidiary sahaja. Walaupun satu je subsidiary tapi susahnya boleh menggugurkan rambut juga.

Subjek lain yang aku geruni untuk semester ini adalah FINANCIAL MARKET (MAF630). For me the subject is interesting to study but hard to understand. It consist of 50% theory and 50% calculation. Financial market adalah sambungan dari subjek Corporate Finance semester lepas. It become more deep and hard maybe, sebab baru first week kan. Dan masa mass lecture subjek ni punyalah sardin kelas. Nasiblah minggu ni dah bertukar tempat di Sri Laksamana. Kalau tidak, memang tak boleh nak fokus dalam kelas.

Minggu pertama semestinya seronok kerana dapat berjumpa kawan-kawan yang dah sebulan lebih tak jumpa. Aiceh macam ada yang merindui pulak. Hahaha. Such a great time, jumpa housemate and classmate sebab dah bosan lama sangat duduk kat rumah.

Minggu pertama juga, mostly lecturer akan bagi lesson plan lepas tu balik. Kecuali subjek FAR450 dah start mengajar untuk first week. Setakat ni semua lecturer yang ajar semuanya best-best dan berpengalaman yang luas. The most important thing is, aku sem ini tiada kelas hari JUMAAT, SABTU dan AHAD. Yelah, Johor kan dan tukar cuti Jumaat ngan Sabtu, lepas tu aku cari lah kelas FAR yang bukan hari Ahad tapi hari Selasa. Hehehe. Betul-betul berbahagia hidupku ini.

Minggu pertama ini juga aku dah kena attend CIMA-UiTM partnership program. Such a great event by CIMA. Dan Im become one of the member dengan sepenuhnya dibayar oleh UiTM. Grateful to Allah because choosen me to become part of this great activities and members.

one of the activities by CIMA- Handle a pizza company

Become a Master of Ceremony sempena pelancara CIMA-UiTM Partenership

So, lepas dah masuk minggu kedua ni aku berharap yang semester ini akan memberikan aku lebih kekuatan dan semangat untuk teruskan pengajian yang semakin mencabar ini.

-Kepada Allah Aku Berserah
-#PrayForMH370

2 comments: