Friday, March 21, 2014

Hobi saya adalah.....

Assalammualaikum...

Last week, kot first class dengan Madam Akmal untuk subjek Quantitative Technique. Sebab dia baru naik cuti bersalin. So, minggu ketiga kuliah barulah dapat bertentang mata dengan beliau. Biasalah, first class biasanya akan ada sesi ice breaking. Dan ini adalah sesi ice breaking pertama untuk sem ni. Sebab dari 7 subjek aku amik sem ni, inilah first class yang ada ice breaking. Dulu masa diploma every class first ada. Mungkin dah degree level lecturer expected more than us untuk menonjolkan diri untuk dikenali. Hehehe.

So, dia mintaklah sebut nama, CGPA, result SPM dan hobi. Saya takdalah masalah nak sebut semua benda tu. Walaupun result SPM yang dia mintak Math, English and Add math ( yang paling teruk add math). Tapi paling best adalah hobi. Siap dia bagi warning, siapa yang sebut kumpul setem menipu. Itu zaman dia dulu-dulu. Aku setuju, sekarang hobi budak-budak generasi Y atau gen Y ni semua havoc-havoc. Much more use of technology. Of course lah serve internet menjadi hobi paling common. So itu tak lah boleh dikira sebagai hobi jugak. Sebab, kita bukak Facebook almost the time. Masa kelas, masa tak kelas, masa free dan juga masa tak berapa nak free. So, ia bukanlah sebuah hobi. Ia seperti rutin harian.

So, aku bagilah hobi aku blogging. Yup, aku hanya akan menulis bila ada masa dan idea sahaja. Aku tak lah update new entry setiap hari. takde keje eh. Hahaha. Blogging bagi aku, adalah minat aku yang mendalam terhadap penulisan. Sebab bagi aku, aku dianugerahkan otak yang sinikal, dan suka berfikir. I not look satu benda sebagai satu. Saya akan berfikir macam mana ianya berlaku. Saya seorang yang realistik kalau berfikir. Bercakap hanya perkara yang nampak dan berbukti. Saya suka memberi cadangan dan bagi saya biar bagi cadangan yang berasan dan realistik. Saya bukanlah seorang yang creative in writing. Sebab saya tulis perkara yang bagi saya harus dikongsikan. Mungkin saya suka berdebat, so I try to be neutral dalam setiap penulisan. Sebab tu saya suga berblog. Walaupun tak ramai yang baca, saya tahu, ada entry-entry saya yang akan memberi manfaat kepada orang ramai. Sebagai contoh, contoh surat rayuan kolej mendapat hit yang tinggi setiap hari. Alhamdulillah, ilmu yang dimanfaatkan mungkin dilihat Allah.



So, berbalik kepada hobi tadi. Tak kiralah apa hobi anda. Lihatlah pada kemampuan anda. Hobi tidak semestinya perlu berbelanja. Asalkan ada benda berfaedah yang anda buat bila kelapangan.

-kalau suka like :)

No comments:

Post a Comment