Friday, February 7, 2014

#mykluang

Assalammualaikum...

Berita baik untuk rakyat Kluang. Aicehhh. Nak cerita sikit kepada rakan-rakan, mak cik, pak cik, uncle dan aunty. Sekarang ni ada sesuatu yang hebat berlaku di Kluang. Hahaha, cerita nak gempak je. Tapi ni berita gempak lah. Sekarang ni, rakyat Kluang bolehlah mendaftar di satu portal tempatan khas dicipta untuk orang-orang Kluang. Terdapat banyak kelebihan portal myKluang.my ini. Buat kemudahan dan kebersatu hatian rakyat Kluang yang begitu awesome sekali. Hehehe.

Dihasilkan oleh seorang anak muda Kluang yang mempunyai iltizam yang kuat dengan menjadikan portal ini sebagai portal sehenti untuk rakyat Kluang. Dengan ini mempersembahkan mykluang.my


Anda boleh terus mendaftar sebagai ahli melalui Facebook. Satu cara mudah, tidak menggunakan e-mail. Setelah anda mendaftar masuk, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna. Setelah anda mendaftar masuk, paparan yang akan dikeluarkan adalah seperti dibawah.


meh kita check it out satu-satu,

Forum- forum ni mcam biasalah, macam forum-forum dekat portal macam cari, lawyat dan lain-lain

Direktori- mengiklankan perniagaan disekitar Kluang secara percuma. Ini adalah peluang terbaik untuk peniaga-peniaga kecil yang tidak punya peluang untuk mempromosikan produk mereka.

Events- memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di sekitar Kluang.

Jobs@Kluang -Memaparkan kerja-kerja kosong yang ada dekat sekitar Kluang ni.

MyParliament- Yang ni paling best, korang boleh mengadu dekat ahli Parlimen korang direct mengenai apa yang berlaku dan penambahbaikan yang diperlukan.

#myKluang- last but not least, hashtag lah mykluang jika anda mengambil gambar sekitar Kluang di Instagram.

So, kepada penduduk Kluang apa lagi. Rebutlah peluang ini, jadilah kita satu komuniti yang lestari dan unite.
Just visit this site www.mykluang.my dan follow a simple step anda dah boleh explore.

No comments:

Post a Comment