Sunday, October 20, 2013

Pilihan Dan Pertolongan

Assalammualaikum...

Hari ini aku nak cerita macam mana aku boleh menjadi seorang pelajar Bachelor In Accountancy (Hons) UiTM. Semua kerana PILIHAN.

Seperti yang semua tahu, aku bukanlah dari aliran akaun masa sekolah dulu. Aku dari aliran sains tulin. Disebabkan result SPM yang tak memberi peluang untuk aku menyambung dalam bidang sains, aku sambunglah Pra-U bidang Sastera. Tapi, aku dapat tawaran masuk Politeknik dalam jurusan Perancang Bandar dan Wilayah. So, nak dipendekkan cerita aku apply UiTM untuk intake December2009 masa tu. Aku hanya berdoa, kalau aku dapat Diploma In Accountancy aku pergi. Kalau dapat kos selain DIA aku teruskan Pra-U. Untuk tawaran Politeknik memang aku dah tak fikir sangat. Satu Jauh satu lagi kos yang memang tak berapa minat.

Sampailah sehingga keputusan UiTM nak keluar aku still berdoa yang kalau dapat DIA aku akan pergi. Akhirnya Allah, memberi pilihan yang jelas pada aku. Aku diterima masuk ke UiTM sebagai pelajar Diploma Perakaunan. Mungkin, inilah yang dikatakan Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk setiap hambanya. Sehinggalah aku tamat Diploma dengan keputusan yang memberangsangkan bagi seorang pelajar yang tak da basic akaun langsung. Akhirnya aku disini, Sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakauanan dengan Kepujian.

Lagi satu aku nak cerita bila aku diberi pilihan untuk memegang jawatan Presiden. Aku meletakkan target pointer masa semester 3. Finally result aku melebihi target. So, Allah sekali lagi memberikan pilihan yang betul. Bila jawatan itu tak sedikit effect masa study dan kelas aku. Akhirnya, aku berjaya menempuhi hidup sebagai Presiden selama 2 semester.

So, konklusi yang aku nak buat kita create pilihan dan berdoalan kepada Allah. Allah akan memberikan kita satu pilihan yang InsyaAllah baik untuk kita. Kita berdoa lepas berusaha. Allah sentiasa mendengar setiap keluh kesah kita. Allah akan sentiasa ada untuk kita. Tapi, jika pilihan yang Allah bagi itu tidak menepati apa yang kita hendak. Hakikatnya Allah hendak menguji kita. Sentiasa ada hikmah disebalik semua yang berlaku dalam hidup kita. Kita sebagai manusia yang lemah hendaklah sentiasa redha atas ketentuannya. Wallahualam.

Wassalam..

Kalau suka klik like :)

No comments:

Post a Comment