Sunday, October 6, 2013

Halfest2013 with le friends

Assalammualaikum...

Khamis lepas 3/10/13 finally ada juga trip batch aku. Selepas sem lepas punya trip ke Parlimen yang terpaksa ditangguh sebab baru je settle General Election 13. Selepas melalui banyak proses yang rumit. Turun naik office Timbalan Rektor HEA UiTM. Setelah banyak amendment dibuat di atas nama paperwork. Akhirnya, the day before hari kejadian barulah paperwork di LULUSKAN.

HalFest 2013 atau Halal Fiesta merupakan pameran produk halal terbesar di Malaysia. Kami membuat trip atas kapasiti kami sebagai pelajar Akaun yang mengambil subjek International Business. So, kami dikehendaki buat research about salah satu dari 500++ company yang ada dalam exhibition hall The Mines, Seri Kembangan tu.

Paling menarik adalah, setiap gerai yang menjual makanan atau minumam selalu akan disediakan tester. Memang keje melantak je lah kat dalam tu. Dan paling membanggakan adalah produk-produk tersebut ada yang dari industri kecil dan sederhana juga produk-produk yang dah establish dalam dan luar negara sebagai contoh, Herbalife, Sunquicks dan Dominos Pizza.

Setiap gerai cuba mempamerkan kelebihan produk masing-masing. Aku tak ketinggalan juga membeli sekotak biskut yang sangat sedap, juga air alovera yang handmade oleh bumiputra company juga minyak zaitun from Terengganu company.

Banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang HalFest2013 seperti demontrasi masakan, beramah mesra dengan duta produk, dan lebih penting kita akan lebih dapat banyak maklumat tentang sesuatu produk dan penghasilannya sehingga diiktiraf HALAL oleh JAKIM.

Kat bawah ni some of the picture taken during that day.


dengan lecturer IBM yang sporting


nak masuk sini kena daftar then dapatlah sticker dan goodie bag
JAC2205A my classmate

antara produk dan tester

dengan maskot coolblog

geng lelaki JAC2205A
Wassalam...
kalau suka like :)

No comments:

Post a Comment