Friday, September 6, 2013

Sehari bersama Geng paling HIPSTER...

Assalammualaikum...

Pada Hari Rabu yang lepas sekali lagi, geng bas sekolah *walaupun pegi sekolah tak naik bas yang sama, telas mengadakan mini gathering sebelum masing-masing nak naik semester baru bulan 9 ni. Mulanya ingat sikit je yang dapat join. Tapi, bila sampai hari kejadian sampai 10 orang semua sekali. Dan 10 orang nie masih ada lagi yang tak dapat join sebab tengah praktikal, ada yang dah bekerjaya. Kalau tak mau lebih dari sedozen. HAHA

So, setiap kali hangout mesti ada je perkataan baru yang muncul dan timbul. Untuk kali ni, pastinya HIPSTER yang sering diulang ucap oleh kami. Haha. Asal nampak benda lain macam je HIPSTER.

Well, dah nama pown mini gathering, jadi aktivitinya tak sebanyak Gathering biasa. So, kita mula ngan MAKAN. Well, agenda paling utama dan kadang-kadang agak merumitkan. Kitorang memilih Pizza Hut as our lunch place. Dah nama pown muda remaja, gossip memang tak lekang dari bibir. Ada je yang nak diperbualkan. Ketawa jangan cakaplah, memang nak tertanggal rahang dah. Maklumlah, melayan kepala 10 orang. 4 lelaki 6 perempuan.

The boys

The Ladies

So, lepas puas makan dan solat Zhohor tidak dilupa sebagai kewajipan. Firstly, option wayang ditolak mentah-mentah sebab susah nak mingling dan sosial. Aiceh. Yes, time sangat limited. Maklumlah, kami masih kanak-kanak. Tak boleh keluar sampai malam. HAHA. So, we have decided to karok that day. Yelah, aku pown dah lama tak menjejakkan kaki kat karaoke since masa final hari tu nak hilangkan stress. Dua jam, semua mempamerkan bakat yang ada. Mostly, kawan-kawan aku nie bakal engineer, adalah bakal cikgu. So, bakat menyanyi pown ada jugak tau. Hehe.

Lepas dah habis tempoh dua jam tu. Kami akhiri mini gathering dengan makan pisang goreng. Sambal kicap dia yang buat sedap. Depa nie semua mostly student UM. So, dorang kata, kat KL tak dapat nak makan pisang goreng dengan sambal kicap. Melepaslah gian memasing sebelum balik.

*gambar karok and goreng pisang lupa nak amik. Tapi video masa karok tu hanya tatapan kami sahaja. Hehe

Terima kasih kepada mereka kerana sudi join this mini gathering. Hope memasing sukses. Ada tiga orang yang dah grad dalam kalangan kami. Tinggal tunggu konvo je. The rest tinggal lagi setahun. Aku jelah yang lagi dua tahun. Sebab semua mereka ni start from matriculation. Akukan student diploma dulu. So, terharu bila sampai hari nie, kami masih boleh berkumpul, chit chat, ketawa and buat kerja gila. Tengah bayangkan, 10 tahun kedepan. Bila semua dah ada family. Boleh ke buat gathering macam ni lagi. Wallahualam.

-aku-raup-bazli-mirul-maimon-qila-fika-lina-kat-tipah-

wassalam

No comments:

Post a Comment