Saturday, September 7, 2013

Apa yang perlu ada bila masuk Universiti atau semester baru

Assalammualaikum...

Yeaaaa, cuti sekolah dah nak habis. Haha. Cuti semester yang panjang ni bakal berakhir hari ni. Esok dah start kelas. Pagi pulak tu. Rindunya nak bukak buku, nak kira-kira guna kalkulator dan paling penting try and error bila akaun tak balance *student akaun tau apa maksudnya. So, bila dah nak naik sem baru ni azam pun kena ikut baru kan. For sure, nak naikkan CGPA. At least kekalkan 3 pointer kalau lebih Anugerah Dekan mungkin. InsyaAllah. Bila nak masuk sem baru ni, banyak barang-barang yang perlu ada untuk persediaan. Tips hari ni bukan hanya untuk pelajar yang bakal naik sem semula, juga kepada student baru yang pertama kali menjejak kaki ke menara gading. Tengok list yang wajib aku ada.

1. Pakaian dan aksesori

Yes, baju merupakan barang paling penting aku rasa. Sebab, kita dah bukan macam sekolah. Hari-hari pakai uniform. So, baju kena banyak sebab kita mungkin akan basuh baju seminggu sekali atau dua kali. Kita takkan basuh baju hari-hari seperti dirumah. Tapi kalau nak basuh hari-hari pun tak kisah. Berbalik pada baju, make sure semua jeneis baju adalah. T-shirt, Kemeja lengan pendek dan panjang, seluar slack, track suit, kasut sukan, kasual dan tali pinggang. Sebab kita mungkin bukan hanya belajar dalam kelas, malas perlu mengikuti aktiviti lain seperti bersukan, camping dan sebagainya.

Aksesori juga sangat penting. Jam tangan, tali pinggang dan kasut. Kalau pakai formal baju kemeja dengan seluar slack wajib ada tali pinggang. Kalau tak anda nampak sangat weird. Tapi, make sure anda tak over dress. Yelah ni nak pegi kelas je, bukan nak jalan-jalan kat mall. Kadang-kadang simple tu lagi cantik.

2. Note book

Setiap sem aku mesti ada satu buku nota. Kadang tu tak cukup satu. Ini sangat penting ye. Sebab, kita boleh letak all the information yang penting dalam ni. Yelah, sometime tarikh hantar assignment pown lupa. Simpan dalam kepala lah katakan. Note book juga penting, sebab aku ni suka tulis-tulis bila kat kelas. So, agak-agak terbosan ke, aku conteng-conteng dalam ni. Lepas tu selak-selak balik senyum sorang2 haha.

3. Jadual

Jadual kelas ni sangat penting. At least, tulis tangan pown boleh kalau dah malas sangat. Sebab the first or second week kita masih tak ingat kedudukan kelas kitakan. So benda ni senang. Tak lah nak cari kelas je telefon kawan kita. Then bila nak cari kelas ganti pown senang, sebab kita dah nampak mana yang kosong.

4.Pencil Case

Pencil box sangat-sangatlah penting. Pencil box yang penuh ye bukan yang kosong. So, aku jenis suka yang besar-besar at least boleh muat seketul kalkulator. Yelah, keje mengira je hari-hari. Nanti tertinggal dah susah.

5. Buku teks

The most important adalah buku teks. Bersedialah dari awal dengan meminjam dari senior mana yang tak nak beli tu. Aku kalau buku berkaitan akaun je aku beli. Yang lain bidang aku selalu pinjam je. Kadang-kadang senior jual dengan half prize. So, pilihlah. Macam sem ni aku dapat pinjam. Last sem aku beli dengan separuh harga dari senior.

Hope, entry ni dapat membantu sedikit sebanyak bagi student-student baru yang nak mendaftar tu. Atau student-student lama yang kadan-kadang terlepas pandang perkara-perkara ni. Selamat kembali semester baru semua. Semoga, anada terus berjaya membawa harapan ibu bapa dan keluarga.

Wassalam...

5 comments:

  1. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    ReplyDelete
  2. ok.. aku dah habis belajar. so x payah baca la kan hahaha =p

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah. Jemput berinspirasi di Inspirasi Wanariahamiza. :) http://wanariahamiza.blogspot.com/

    ReplyDelete