Tuesday, January 22, 2013

Blog Transformation Programmed

Wow, tajuk entry yang sangat keterlaluan. Walaubagaimanapun (*skema gila ayat), selamat datang ke dunia baru blog aku. Aiceh, macam popular je blog ni kan. Inilah padahnya bila hari cuti yang nak di produktifkan. Kalau tak, asyik dengan common things je bila cuti. Tidur dan makan.

Aku bukanlah seorang editor gambar yang hebat atau pakar dalam penggunaan software-software yang canggih macam Photoshop 7 (*ataupun ada lagi tinggi dari ni. nampak tak aku tak tahu). So, aku sedar dengan kekurangan yang ada, just edit je guna apa yang reti. Sekali lagi, terima kasih kepada Cik Picmonkey.com yang setia menolong edit kebanyakan gambar-gambar aku footnote-sekarang nie dah berbayar untuk beberapa function. Aku juga menggunakan Windows Powerpoint *nampak tak edit gambar pown guna software yang sangat kerdil. Dan terjadilah sebuah karya yang tak berapa nak agung. Tadaaaaa..



Sangat buruk kan. Aku tahu itu. Kenapa aku tukar header? A good question, walaupun orang tak ingin nak tanya pown. Sejak aku tugar domain kepada dot my nie, aku tak tukar apa-apa pown kat blog aku ni sampailah sekarang ni. Bukannya apa, aku sangat lah tak da masa. Masa yang ada pown kadang-kadang malas nak tukar-tukar. Aku tukar background warna purple/biru sebab aku suka dua warna nie dan nak menutup background aku yang sebelum ni yang sangat lah serabut dengan banyak gambar.

Dalam transformasi nie juga *aiceh masih menggunakan istilah transformasi. aku dah tukar tagline blog nie dari My Journey kepada colours.story,life . Kenapa? Biar aku terangkan.

Colours
Manusia sering dikaitkan dengan warna. Sampai satu tahap, manusia cakap dah nakpak dah warna sebenar dia ni. I like to observe people (*walaupun dulu masa amik sains tak pernah nak observe betul-betul.). Then, aku tahu dia ni jenis macam mana. Entry-entry aku banyak berkisar mengenai ragam manusia termasuklah warna dalam diri aku sendiri.

Story
Aku bukanlah seorang pencerita yang baik. Tapi aku tetap suka bercerita tentang benda-benda common. Percutian aku, apa yang aku buat, apa perspektif aku. Aku sangat suka berkongsi dengan orang ramai. Tapi, aku tahu tak semua cerita boleh dikongsikan. Tapi aku akan sentiasa menjadi seorang pencerita.

Life
Hidup sebuah perjalanan yang penuh suka, duka dan ketikpastian. Aku berkongsi pengalaman hidup aku dengan apa yang aku lakukan. Aku pernah menjadi pelajar, juga seorang Presiden persatuan. Aku suka berkongsi nilai dan etika satu pekerjaan. Pelajar juga satu pekerjaan. When u fill a form then they ask about your occupation, one of them is Student.

Aku berharap transformasi dalam blog aku ni tak menyampahkan anda, anda dan anda semua untuk berkunjung lagi ke blog ini.

foot note- kepada yang nak mencerca silalah ke bahagian komen dibawah ini.

No comments:

Post a Comment