Friday, December 14, 2012

Nama dan Domain

Assalammualaikum..

Akhirnya setelah menunggu beberapa purnama. Aiceh purnama konon padahal beberapa hari sahaja. Aku nak bagitau kepada satu dunia yang blog aku dah ada domain baru. Ulang suara BARU. Apabila Cik Innanie tuan tanah coklateyes.blogspot.com ( nama domain dulu) memberi peluang kepada followers atau pun tidak blog beliau untuk mendapatkan domain terkumpul bernilai RM300,000. Wow, aku teruslah sambar peluang keemasan ini. dari dulu dah berangan nak ada domain yang belakangnya takde lagi .blogspot.com . So, kepada yang berminat, bolehlah terjah sekejap kat blog Cik Innanie nie.


Kenapa Fahmi Aziz
Jadi, mesti tertanya-tanya kenapa aku letak domain aku menggunakan nama aku. I just love my name. Muhammad Zul Fahmi Bin Aziz. So, aku just terpikir nama nie je bila nak buat domain baru. Aku takda idea yang kreatif untuk buat domain blog yang power macam Cik Innanie dan Cik Hanis Zalikha. So, just put a part of my name dan of course my dad name. Jadilah domain aku macam nie. www.fahmiaziz.my

Aku selalu berbangga dengan nama aku. Aku rasa pown semua orang macam tu. Thats why lah kalau ada siapa-siapa berani nak bagi aku nickname, i just dont like it. Sebab orang kata nama itu satu doa. Contoh, orang tinggi dipanggil panjang. Makin panjanglah dia. Aku tak boleh nak berfikir kalau nickname tu terselit makna-makna yang tak bagus. So, be proud of ur name buddies.

So, bagi yang ada blog tu mai lah tukar ke .my . Wassalam


No comments:

Post a Comment