Monday, December 31, 2012

2012 in memories

Januari             Mac        May     Julai        September            
           Februari       April       Jun       Ogos                Oktober                          November        Disember

Lagi beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2013. Pastinya memori 2012 akan sentiasa terpahat dalam ingatan kita. Pahit, manis, suka dan duka ianya adalah sejarah dalam hidup kita. Orang selalu kata, belajarlah dari kesilapan. Jadi mana-mana yang silap kita lalui semasa setahun ini, kita cuba perbaiki. Bukan hanya untuk kita, tapi untuk orang-orang sekeliling kita.

2012
Pastinya setiap kali tahun baru, semua dah pasang azam baru. Tak kiralah azam tahun sebelumnya tercapai atau tidak, kita tetap at least nak pasang satu azam. Bagi aku, azam untuk grad on time dah tercapai. Hakikatnya banyak lagi azam tahun baru aku yang tak tecapai. Tapi aku tetap bersyukur atas pertolongan, dugaan dan kejayaan yang Allah berikan kepada aku sepanjang tahun ini. Kawan, kejayaan, pengorbanan, masa, tenaga, kekuatan dan impian terlaksana. Hakikatnya, walapu manis macam gula atau pahit macam peria, 2012 tetap akan meninggalkan kita. Bersyukurlah dengan apa yang terjadi didalamnya.

2013
Perjuangan yang pastinya akan diteruskan. Selepas segulung Diploma dicapai, segulung ijazah pula dikejar. Azam? biarlah ianya berjalan secara semulajadi dan hakiki. Kita hanya boleh merancang masa depan, tapi kita tak boleh meramal apa yang akan berlaku kelak. Bersedialah untuk setahun yang pastinya akan terisi dengan peristiwa yang akan mematangkan kita. Jadikan 2012 sebagai sejarah yang diingati. Belajarlah dari 2012 untuk dibawa ke 2013.

foot note
-harapan untuk melihat dunia ini tempat palin aman untuk didiami. #PrayForGaza

No comments:

Post a Comment