Wednesday, October 10, 2012

Pre-Graduation Night

Assalammualaikum,

yeay satu lagi paper telah aku tumbangkan. Harap ianya cemerlang. Dan, dan sebab tu aku boleh mengupdate blog untuk tatapan semua. Mungkin ianya agak terlambat tapi takpelah, update kan juga.

Pre-Graduation Night atau dalam bahasa jawa melayunya Malam Pra Graduasi. Seperti yang sedia dan maklum, aku kan dah matang dan dah nak tamat pun jua sebagai pelajar diploma. So, UiTM Johor dengan bermurah hatinya nak meraikan kami-kami ini yang bakal meniggalkan, atau berpindah kampus. So, kami-kami orang nie diraikan pada 7 September 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Dah nama pun dinner mestilah malam kan. Temanye adalah MERDEKA RAYA. Untuk selamat, masing-masing pakat sarung baju raya je. Tak mampu lagi nak pergi tempah baju kat Rizwan Radzwil untuk dinner kali nie.

cengginilah rupa invintation card yang kami orang dapat.
Oh, lupa PGN nie dibuat kat dalam kampus di Dewan Seri Temenggong. So, aku nak share lah kan apa yang menarik dan tertariknya PGN kali nie.

MENU
Dah nama pun tema Merdeka Raya, takkan makan chicken chop bersama coslow. Menu pada hari tu sangatlah common untuk majlis-majlis rumah terbuka. Nasi Biriyani, Ayam masak merah, kuah lodeh, sambal kacang, ketupat, sate dan kuih muih sebagai dessert.

PERSEMBAHAN
Persembahan adalah tahap yang common jugak. Lepas nyanyi, nyanyi lagi. Lepas tu nyanyi lagi dan lagi dan lagi. Dan, dan, dan penyanyi yang sama je menyanyi. Yang menariknya ada persembahan Ghazal. Its just awesome sebab dah lama tak dengar Ghazal Live since last tengok masa kat sekolah dolu-dolu.

CABUTAN BERTUAH
Cabutan bertuah yang sangat-sangat best tahu tak. Ada dapat frame, iron, tikar dan blender(agak2 susah sangat nak menghafal tu pergi blender buku pas tu minum. Tapi, sekali lagi aku kecewa sebab tak pernanya nombor aku naik. Sigh. Hadia paling utama adalah Printer dan External Hard Disk 1TERA. (boleh simpan citer nada-nada cinta 200 episod).

For me, it just awesome pergi PGN sem nie. Jumpa budak-budak satu batch lagi. Jumpa lecturer yang tak sempat nak bergambar masa Accounting Appreciation Night. Tak rugi pun sebenarnya bayar Commitement Fees RM10. Then, melihatlah gambar-gambar yang sempat dirakankan sepanjang PGN. tak sepanjang pown sebenarnya.






No comments:

Post a Comment