Friday, October 19, 2012

Permulaan, kenangan dan perpisahan episod 3

Diploma Perakaunan Batch Disember 2009- Oktober 2012
Aku tak tahu mana nak mula tulisan kali ini. Ianya tentang keluarga yang tak terungkap oleh kata-kata. Walaupun bilangannya kecil berbanding batch lain, ianya kenangan terbesar dalam perjalanan tiga tahun ini. Merekalah adik, merekalah kakak, merekalah abang. Ia umpama sebuah keluarga yang besar. Permulaan sehingga pengakhiran perjalanan bersama mereka. Perjalanan dan liku diharungi bersama. Aku pernah merasa kedua kelas. Aku dah tahu gelak, senyum, tawa, tangis, sedih, perangai, kebolehan mereka semua. Seribu satu warna yang sukar diterjemahkan.

Apabila berkata tentang adik beradik, sayang dah gaduh adalah relation yang sangat kuat. Hari ini mungkin semua gembira. Esok lusa semua berkongsi duka. Itulah kami, dan ianya tetap kami. Kami yang hidupnya saling melengkapi tapi kami bukan suami isteri. Kami adalah keluarga yang datangnya dari latar berbeza. Dan perbezaan itu kami terima dan membentuk keluarga yang baru.

Aku akan merindui Gunung Ledang dengan mereka, aku akan merindui Bukit Merah dengan mereka, aku akan merindui Lambaian Danau dengan mereka, aku akan merindui Accounting Appreciation Night dengan mereka. Aku akan terus merindui kenangan terindah dengan mereka.

Sesungguhnya, mengenali mereka adalah perkara terindah di UiTM Segamat Johor. Mengenali manusia-manusia jiwa kental. Manusia yang ada perasaan kasih dan sayang sesama insan dan kawan.

Terima kasih kerana sudi mengenali aku dan terima kasih kerana memberi ruang untuk mengenali kamu semua.






semoga ianya kekal begitu.

untuk ke Permulaan, kenangan dan perpisahan:

Episod 1
Episod 2

No comments:

Post a Comment