Friday, October 19, 2012

Permulaan, kenangan dan perpisahan episod 2

KOLEJ
Permulaannya di sebuah kolej lama bernama Taming Sari. Gah pada nama juga penghuninya. Banyak mulut kata, ianya kolej alim-alim. Budak Masjid. Bagi aku, ianya satu rahmat kerana diberi kesempatan mendiami Taming Sari. Budayanya, perangainya, aromanya juga kejayaannya. Permulaan di Taming Sari sungguh baik. Roomate yang baik, wingmate yang awesome juga penghuni yang terbaik. Taming Sari menjanjikan segalanya. Pernah merasa katil kayu, almari kayu, meja belajar kayu. Ia antik dan siknifikan. Taming Sari lah tempat aku belajar erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang penuh warna warni. Di sini, Di permulaan ini.

Aku dipindahkan. Meninggalkan seribu satu kenangan di Taming Sari, berhijrah ke Sempanan Riau. Satu semester membuatkan aku kenal dan faham budaya sebenar Sempana Riau nie. UNITE. Itu adalah trademark dan asas mereka. Sempana Riau mengajar aku erti susah. Sebagai penghuni baru, aku gembira diterima sebagai sebahagian penghuni Sempana Riau.

Suluk Belingkong. Kolej terakhir aku diami. Mewah. itulah perlambangan sebuah kolej baru. Kolej bongsu yang menjadi rumah terakhir sebagai pelajar diploma. Kolej yang mengaspirasi pelajar baru. Kami Senior. Menjadikan kolej ini digeruni Junior. Disinilah pengakhiran sebuah perjalanan diploma. Perjalanan, kenangan dan perpisahan. 

Setiap kolej mengajar aku erti, kenangan, impian dan kejayaan. Semuanya indah. 
Sempana Riau

Taming Sari

Sulok Belingkong


PERSATUAN SISWA SISWI DIPLOMA PERAKAUNAN
PERSIDA. Sebuah organisasi yang mengajar sebuah bakat dan pengorbanan. Masa dan tenaga dicurahkan atas dasar ikhlas dan suka. Ianya mengajar aku menjadi seorang pemimpin. Di sini aku pernah dipimpin dan memimpin. Ianya bukan soal masa yang dikorbankan, ianya soal menggembirakan orang. Aku gembira bila orang lain gembira. Aku akui memang penat nak gembirakan orang. Tapi, bila orang lain puas dan gembira. Masa, tenaga dan penat hilang begitu sahaja. Ia adalah nyawa Diploma Perakaunan. Tempat dimana penghuninya berkenal-kenal. Sebuah jawatan yang akhirnya pasti akan dilepaskan. Dan aku puas, kerana aku pernah menjadi sebahagian dari organisasi yang hebat ini.




kepada yang belum baca Permulaan, kenangan dan perpisahan episod 1 Klik Sini

nantikan Permulaan, kenangan dan perpisahan episod 3

No comments:

Post a Comment