Thursday, October 18, 2012

Permulaan, kenangan dan perpisahan Episod 1

27 Disember 2009 (Ahad)
Ia sebuah perjalanan dan sebuah fasa hidup yang baru. Hari pertama yang penuh harapan, cita-cita dan impian. Ianya sebuah permulaan yang bercampur baur. Berjauhan pertama kalinya dengan keluarga. Bermulanya erti 'Berdiri Atas Kaki Sendiri'. Sebelum kesini, minda bermain dengan geografi. Segamat? ada apa kat situ? Sebuah pekan kecil dan hutan. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Hari ini, saya sayang Segamat dan seluruh penghuni didalamnya. Ramah dan mesra.

Semester Satu
Alah Junior, mesti kena buli punya dengan senior. Ianya bukan soal buli atau tidak. Ia soal kenal maka keluarga. Aku tak pernah merasa apa itu buli di UiTM Johor. Sebab kami dah anggap ianya macam adik beradik. Abang dengan Adik. Ia sesuatu yang sukar digambarkan hanya dengan tulisan. Ianya sebuah memori 3 pagi. Melibatkan diri dalam setiap aktiviti adalah WAJIB untuk kami di semester 1. Ianya pengumuman yang senang diingat dan hafal.

"Perhatian, pada malam ini akan diadakan Pertandingan Nasyid antara Kolej. Semua pelajar Part1, ANDA DIWAJIBKAN HADIR. Pelajar-pelajar lain anda dijemput hadir."

Tapi orang kata, 'alah bisa tegal biasa'. Pemulaan yang pastinya ingin berkenal-kenal. DIA, DBS, DIB, DBST, DQS, DCS, DIIM, DIIA. Ianya sukar untuk kenal satu sama lain. Tapi akhirnya ianya terjadi secara natural bukan dibuat-buat. Hari ini, saya ada ramai kawan. Bukan hanya pelajar Akaun tapi dari kos lain dan batch berbeza. Ianya indah kerana ianya adalah kehidupan. Kehidupan yang indah adalah bila manusia saling sayang menyayangi.

memori terindah masa semester 1:
-Minggu Mesra Siswa
-pergi mandi manda di Gunung Ledang bersama classmate.
-peristiwa kelas BEL
-satu kelas pergi Dinner PERSIDA
-perbarisan SUKOL
-mandi wing
-senior bilik yang awesome
-induksi kos PERSIDA
-sketsa Bahasa Inggeris dekat Speakers Corner
-Outing ramai-ramai naik bas kuning.

Minggu Mesra Siswa

Minggu Mesra Siswa

muka budak DIA masa Minggu Mesra Siswa

muka budak lelaki DIA masa Minggu Mesra Siswa


Ia adalah memori yang tidak dinyatakan kesemuanya. Sebuah permulaan yang pastinya menuju perjalanan yang jauh. Perjalanan yang membawa ke satu lagi destinasi dan pencapaian dalam hidup.

-nantikan Permulaan, Kenangan dan Perpisanan episod seterusnya

No comments:

Post a Comment