Saturday, October 6, 2012

kenangan dan yang terakhir

Assalammualaikum..

Setelah tambah tolak, dah tiga tahun(Dec 2009-Oct 2012) aku kat UiTM Segamat. Pada 20/9/2012 merupakan kuliah terakhir sebagai pelajar Diploma Perakaunan Insyaallah. Pada 1/10/2012 pula merupakan paper peperiksaan akhir aku yang pertama.

Kenangan
3 tahun tanpa kenangan sepertinya memang tak munasabah. 3 tahun yang membawa kepada kematangan, erti berdiri sendiri juga pengalaman yang mendewasakan. Betullah lah apa yang cikgu aku pernah cakap, masuk Universiti bukan sama macam pergi sekolah. Ini adalah tempat pendewasaan yang paling tinggi. Tempat yang dimana didalamnya penuh dengan ilmu dan para ilmuan. Universiti mengajar penghuni dalamnya erti sebuah ketabahan, kepercayaan pada diri, kekuatan mentaliti juga implementasi.

Universiti memberikan kenangan yang pastinya terpahat dicelah-celah kenangan hidup di dalam kotak otak yang menyimpan pelbagai cerita suka, duka, ketawa dan air mata. Siapa kita sebagai manusia hendak melupakan kenangan. Siapa kita sebagai manusia biasa untuk menidakkan kenangan pahit semata mengiyakan kenangan manis. Tidak kiralah sepahit kopi atau semanis gula kenangan kita. Ianya tetap dipanggil kenangan. Kenangan yang sepatutnya disimpan bukan dilupakan.

Belum tiba masanya, aku melupakan kenangan itu semua. Satu entry yang mungkin panjang akan dijelmakan untuk menafsirkan kenangan aku sepanjang di UiTM Segamat ini. Nantikan

Yang Terakhir
Peperiksaan, ujian, kuiz atau apa sahaja adalah medium menguji tahap kebolehfikiran, kebolehafalan, dan kebolehfahaman. Ia bukan medium berlumba tapi medium untuk menilai kebolehan diri. Tahap mana kita berusaha. Tahap mana tawakkal kita diterima. Ini adalah periksa saya yang terakhir sebagai pelajar Diploma Perakaunan. Harap ianya terus menjadi yang terakhir. Orang selalu cakap tawakal je lah. Tapi tawakal tanpa usaha tak boleh juga. Ianya sentiasa ada correlation. Setinggi mana usaha dan tawakal, setinggi itu jugalah kejayaan dan kehasilan yang kita dapat. Jadi, ianya sentiasa menjadi harapan. Biarlah sakit yang sementara ini akan membawa keceriaan di hari muka. Biarlah yang ini adalah terakhir dalam perjuangan diploma ini. Kepada Allah tempat berdoa dan berharap. Percayalah dia mendengar tak kira pendek atau panjang doa anda.

Kepada rakan seperjuangan, harap berjaya habis mengikut aturan. Itu impian semua orang, bukan 1,2,3 orang. Ia impian semua yang melangkah masuk ke Universiti. Dan ia impian terbesar ibu dan ayah kita.


Wassalam...

No comments:

Post a Comment