Sunday, October 28, 2012

Biarlah Hati

Sebelumnya ia adalah yang istimewa. Mengenalnya amat menyenangkan. Tidak banyak kerenah, tidak banyak ceritanya. Sebagai peneman sepanjang perjalanan. Pernah terdetik kenapa sekarang baru mengenalnya. Bersama mengejar mimpi yang sama. Sama ingin mencapai kejayaan yang diimpikan. Kawanku kawannya juga. Hingga akhirnya perjalanan ini amat bermakna.

Betul orang kata, langit tak sentiasa cerah. Akhirnya awan yang putih menunjukkan hitamnya. Kadang kala hati bertanya, mengapa ianya berubah. Ia, manusia akan berubah. Ibarat cahaya memantulkan bayang diriku. Hari ini tidak kenal akan dirinya. Sudah lupa siapa dirinya disisiku. Apa yang aku perlaku, dia juga begitu. Mungkin itu yang terbaik untuknya. Tika ini, umpamanya ia asing bagiku. Tapi aku sedar, ianya satu proses pematangan diri. Aku diam, marah bukanlah haluan hidupku. Tapi, suatu masa aku juga yang dimarahi tanpa sebarang salah yang aku lakukan. Kecil hati hanyalah peribahasa, yang pasti hati tidaklah menjadi kecil. Tapi ianya sakit untuk difikirkan. Satu tikanya juga, aku diperkata dibelakangku. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan. Biarlah hati. Malas nak melayan. Akhirnya, aku dikatakan berubah. Tidak mengapa.

Akhirnya, berubah adalah jalanku. Pendiam bukanlah jalan terbaik. Tapi itulah yang terbaik sementara menunggu penghabisan. Lakonan dan senyuman silih berganti. Biarlah hati.

-coretan ini hanya suka2. teringin nak buat novel.

No comments:

Post a Comment