Friday, June 22, 2012

perjalanan

perjalanan yang kita lalui pasti ada likunya.tercalar dek duri di perjalanan, luka menghiris. kedegilan hati melalui sebuah jalan yang perjalanannya penuh persimpangan. kadang kala kita harus melalui jalan itu. kadang kala kita harus memilih jalan itu. jalan dalam sebuah perjalan yang singkat. ertinya masih tak dapat ditakrifkan. kadang-kadang kita tersedar dalam perjalan. adakah pilihan jalan yang dipilih baik atau buruk.orang kata banyak berjalan luas pandangan. ketahuilah Tuhan yang Esa memberi kita pilihan jalan yang baik. memberi tanpa menikmati jalan itu adalah sia-sia. manusia seharusnya peka dengan jalan pilihan mereka. berlumut, berbatu, denai yang hening mencorak sebuah perjalan.
pilihan menuju sebuah perjalan hingga ke penghujung. kadang kala kita mengeluh di tengah perjalanan. menantikan mati. berfikir bila jalan ini hendak berakhir.sebuah putus harapan ciptaan minda dalam perjalanan menuju pengakhiran. ingatlah, setiap perjalanan kita pasti diganggu oleh hujan dan panas, petir dan gerimis juga kontang dan bah.
perjalanan ini pasti akan berakhir jua. bila dan dimana pengakhiran perjalanan ini. semua RAHSIA Allah..

perjalanan menuju bahagia yang kekal abadi..

No comments:

Post a Comment