Friday, April 27, 2012

Alhamdulillah, result yang maintain

assalammualaikum..

ye saya memang dah lama tak menaip-naip kat sini.malas dan bekerja merupakan punca terbesar kenapa tak menyempatkan diri berblogging. kali nie nak cerita pasal result final semester lima aku. wow aku dah sem lima, macam tak percaya je..diam tak diam lagi satu sem dah nak grad.

btw as usual seperti student2 UiTM yang lain aku menunggu penuh sabar depan lappy sambil tangan dok tekan butang refresh kat yahoo.mail nak dekat beribu kali mungkin. last2 aku surrender lepas kul 3.30 pagi aku tunggu tak muncul juga..then aku pun tido..tau tak bangun pagi bukak email tengok UiTM hantar pukul 3.35 pagi. kalaulah aku tunggu lagi lima minit.

by the way aku memanjat syukur pada ilahi kerana sekali lagi result aku MAINTAIN dari part1 sampai part5. 3 pointer and above tapi tak Dekan okay. nak kata pasal perasaan mesti lah terkilan sebab sem nie macam dapat nak rasa DL, tapi Allah mungkin mahu menguji aku. aku terima.

nak cakap pasal subjek BEL, LAW ngan MKT banyak membantu pointer aku kalau tak aku boleh comform jatuh. MAF aku sangat mendukacitakan sebab mase jawab exam, aku dapat rasekan aku mesti excel punye paper nie, last2 mengecewakan. dan paling mengecewakan keputusan FAR300 memecahkan rekod okay aku untuk subjek account. begitu juga dengan TAX320 yang sangat tricky mase final. menyedihkan je.

overall, result aku sem nie lagi baik dari PART 1, lagi baik dari PART2, bawah dari PART3, dan lagi tinggi dari PART4. so pikir, pikirkan result sem 5 aku yeah..

kepada kawan2 yang DL tahniah, pada yang tak bernasib baik anggaplah ini sebagai cabaran dari Allah untuk kita berusaha dengan lebih baik lagi..

1 comment: