Friday, February 3, 2012

move like jagger

Assalammualaikum...

akhirnya menyempatkan diri mengupdate blog...bukannya x nak update cuma masa dan keadaan yang amat tak mengizinkan..bizi ngan Test, assignment, PERSIDA and etc2...walaupun begitu banyak dugaan dan cabaran, Alhamdulillah aku masih hidup lagi kat dunia cuma sedikit dilanda kegelapan di muka dan tangan...seharian di padang( tiga hari sebenarnya) sunblock pown x berkesan dalam permasalahan ku nie..nampak tak pemanasan global yang teruk sekali..btw entry nie bukan nak citer pasal muka aku yang legam nie, tapi nak kongsi pasal aku menari..ulang suara MENARI depan ratusan makhluk2 asing yang tidak dikenali..hehe..gurau

SUKAN ANTARA PROGRAM(SUPRO) same je konsepnye ngan Sukan Antara Fakulti atau apa sahaja berkaitan ngan nya..cuma apabila berbicara mengenai program, mestilah skopnya kecil tertakluk kepada program2 diploma sahaja..nak suk degree masuk, persoalannya nak ke datang masa cuti..hehe..btw macam sukan sekolah adanya perbarisan masa hari perasmian..every program kena hantar pasukan perbarisan dengan durasi persembahan 5 minit..

so, ape-ape hal PERSIDA memang over lagi semangat, bila team paling awal rekrut ahli dan buat latihan..setelah berbincang ngan semua exco kitorg decide nak wat flash mob..serius masa nie semua macam ragu2 boleh ke buat...yelah apabila digabungkan part 1 n part 2 jumlahnya agak besar untuk di handle..pelbagai masalah timbul bila nk kumpulkan mereka2 ini..berkat kesabaran semua exco Allhamdulillah walaupun x semua part1 n part 2 ada tapi jumlahnya memberangsangkan..serius aku salute kat mereka..sebab minggu nie sangat lah bizi ngan test..tapi mereka sanggup turun latihan..

Move Like Jagger merupakan lagu yang telah dipilih..dengan dibantu penari professional, kami akhirnya berjaya menghafal all the step..untuk makluman exco2 yang dah tua cam aku nie pown masuk skali menari..sgt seronok beronok-ronok...

masa hari kejadian kitorg dh lakukan yang terbaik untuk Diploma Perakaunan...tapi malangnya hanya mampu mendapat tempat kedua..tapi maklum balas dari semua, DIA deserve untuk menang pown..ceh perasan..BTW aku tetap anggap dorg menang...xspecially part 2 yang mlm 2 ada test QMT tapi still dorg menari jugak...

sepanjang tiga hari, SUPRO berlangsung nie aku sentiasa  berada kat padang lah kan...memberi sokongan kepada student DIA yang mewakili DIA..dan aku masih berbangga apabila pasukan DIA dapat 4 Emas dan 6 Perak dengan tempat kedua keseluruhan dibelakang DIIM dengan 6 emas dan 4 Perak..tapi dalam hati agak terkilan sebab x dapat kekalkan kejuaraan, tapi still berbangga..

nie ada sedikit gambar..credit 2 Norhafizah Mohd Zaini kerana nie dari die pnye album

exco yang terlebih expose

rindu this moment, terasa nak menari lagi

thank you guys, yang baju kurung pink 2 lah pja

1 comment: