Wednesday, December 28, 2011

SaYa SuKa BiLa CuTi

Assalammualaikum...

hakikatnya tengah penat nak menaip panjang-panjang nie..tapi hasrat nak menaip panjang-panjang telah menebal dalam diri..sambil mata kuyu-kuyu menahan kemengantukan aku gagahkan jua menulis entry kali nie...as satu Malaysia tau kami student Diploma UiTM sedang cuti mid sem termasuklah cuti krismas sekali..then my parents telah merancang percutian ke Melaka Historical City...oh yeah...memang supper best lah..sebab apa aku habak best, the most city yang aku suka pergi adalah Melaka...berbanding KL or whatever tempat kat Malaysia nie aku lebih suka kalau pegi Melaka..nanti aku citer sebab apa aku suka sangat kat Melaka nie..BTW kami bergerak dari rumah pagi-pagi lagi lepas subuh..sampai kat Melaka around 10 Pagi..mulanya nak terus pegi mandi kat Melaka Wonderland, tapi disebabkan hujan yang mencurah kini, maka kami cari lah tempat penginapan...

nak dijadikan citer kami memang x booking pown hotel...haha..dah macam masuk rancangan Amazing Race..mula-mula pergi Hotel Sri Malaysia, tetapi hampa sebab penuh..lebih kurang 6-7 hotel kami pergi then semua penuh..oh yeah..akhirnya dengan Kuasa Allah kami dapat lah Check In kat HOTEL ABADI...aku agak hotel nie baru lagi kat Melaka nie...betul-betul dekat ngan Hatten Square, Dataran Pahlawan ngan Mahkota Parade..condition hotel nie sangatlah selesa..pas uh dapat bilik betul-betul mengadap laut dan Pulau Melaka kalau tak silap..

pas dah check in dan solat kami pown bergerak ke Melaka Wonderland...sepanjang percutian nie kami sangat berterima kasih kepada Cik GPS yang banyak membantu..walaupun sedikit annoying bila seorang pompuan mengarah-ngarah suruh turn left, turn right atau tetiba die suruh make a u-turn bila salah jalan..tapi Cik GPS tetap menjalankan tugasnya...kalau tak mau sesat-sesat...

Melaka Wonderland sangatlah best..tapi Bukit Merah Laketown yang aku penah pegi dulu exactly much better...tapi seriusly ianya sangat best...walaupun hujan, tapi kami redah kan jua..oh ye, kami dimaksudkan disini ialah Parent saya, adik saya juga dua orang sepupu saya...

oklah skang nie nak citer kenapa aku suka sangat kat Melaka Nie..
1) disebabkan aku suka tengok bangunan-bangunan lama, then Melaka boleh menjanjikannya. serius aku cakap kat mana-mana tempat yang ada bangunan reka bentuk lama ala-ala kolonial mesti aku tertarik..
2) Bandarranya yang x besar sampai kita perlu berjalan kaki berkilo miter untuk pergi dari satu shopping complex ke satu lagi..thats y aku x suka pegi KL..
3) disebabkan bandarnya kecil, Melaka boleh dikategorikan Bersih dari sebarang sampah sarap yang menyakitkan mata memandang..
4) warga asing pun suka melancong kat sini..(masa aku pergi betul-betul malam Krismas) mereka sanggup merayakan Krismas di Melaka berbanding negara mereka.
5) kat bandaranya Melaka nie adalah Zon Bebas Asap Rokok..paling best bila ada Billboard besar pasal zon bebas nie.

keesokannya kami beli survinour..suasananya sungguh meriah..pulak tu time tengah memilih cenderahati, ada pulak rombongan cik kiah pengantin nek bas double decker...





lepas dah puas berjalan kat Melaka kami teruskan our way to Selangor..ziarah saudara mara yang kat sana plak..MELAKA-GOMBAK-KLANG..oh yeah..samapai kat Selangor nie banyak juga aktiviti buat selain melawat family...then hari nie bersamaan hari rabu kami pown blek semula ke rumah..mulanya nak sampai hari Jumaat, tapi disebabkan ayah aku ada meeting esok and mak aku ada urusan, maka kami balik awal..

BTW cuti sem ku kali nie sangat syiok...bye

No comments:

Post a Comment