Thursday, September 15, 2011

Proud to be Malaysian

ASSALAMMUALAIKUM...

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA...

pagi2 bute dh semangat psl Malaysia nieh...haha..so syok...tgok perarakan sempena Hari Malaysia...knp begitu bersemangat...jwapan yang mudah dn pasti kerana SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA...

byk perkara atau bende yang kita boleh banggakan tentang Malaysia...kalau g campak luar negara 2 ader lah something nk citer n nak dibanggakan utk dicerita kat dunia luar...tht y aku sgt2 berbangga jadi sebahagian RAKYAT MALAYSIA...
54 tahun kita MERDEKA...segala macam dugaan dan cabaran telah kita tempuhi...suka duka, tangis gembira pemimpin2 kita membangunkan negara... dari peristiwa pra-merdeka, pasca-merdeka, peristiwa 13 MEI, Pembentukan Malaysia, pengunduran Singapura dari Malaysia, isu Kemelesetan Ekonomi, sehingga penganjuran Sukan Komenwel...Usia 54 tahun telah banyak mematangkan Malaysia...meniti sebuah negara maju mengikut acuan sendiri bukannya mudah... Transformasi berkesan sememangnya wadah utk menuju satu era berbeza menjelang tahun 2020...misi 9 tahun yang pasti...

sekali lagi aku berbangga menjadi sebahagian Rakyat Malaysia yang berbilang bansa...berkongsi bas yang sama, menaiki Tren yang sama, pergi kedai mamak bersama...apa lagi dpt membuktikan toleransi kita...sesungguhnya usaha utk memporak-perandakan kedamaian dan toleransi yang wujud tidak dpt dicincang oleh tangan2 manusia yang cemburu dan gila kuasa...

akhir kata SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA dan MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA yang ke-54...

BH online-sekitar perarakan MERDEKA 2011

BH online-Perarakan MERDEKA 2011

TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

No comments:

Post a Comment