Tuesday, July 19, 2011

Indahnya Bahasa Melayu

cuba kita bayangkan jika kita sebagai penutur Bahasa Melayu (BM) sejati. Pastinya dunia Malaysia ini akan menjadi aman sentosa. iyelah.. BM hakikatnya bagi pandangan peribadi saya adalah bahasa yang cukup indah. penuh dengan nilai2 yang estetika. bahasanya jika disebut dengan kaedah dan perasaan yang betul pasti akan membuatkan semua orang senang dengan kita. orang dulu2 menggunakan bahasa Melayu dengan sebetulnya. sebab itu mereka hidup dengan aman dan sentosa. cuba bandingkan filem dulu2 ngan filem sekarang. kita boleh tengok citer P. Ramlee berkali2 berbanding kita tengok cerita KONGSI atau cerita2 terkini. bahasa yang digunakan dahulu amat indah. jika dulu oarang Melayu cakap cukup berlapik. walaupun tegurannya agak tajam dan menusuk. tapi mereka masih boleh menerima teguran. kini, teguran adalah dalam bentuk terus atau 'direct'. akhirnya ianya tidak meninggalkan kesan langsung. 

orang dulu menggunakan BM dengan menyebutnya menggunakan suku kata sebulat2. ianya dipanggil BAKU. tapi kini slanga telah berbeza. saya-saye. keindahannya terserlah bila disampaikan dalam bentuk gurindam, pantun dan syair. puisi2 tradisional ini makin dilupakan. orang kata ianya masih ada dan terus berkembang. cumanya ianya dalam bentuk sajak. ia sajak tergolong dalam golongan puisi tetapi ianya adalah puisi moden. orang dulu kalau nk bagi nasihat guna pantun.

berakit rakit kehulu
berenang renang ketepian
bersusah susah dahulu
bersenang senang kemudian

orang melayu juga indah dengan perumpamaan. menyamakan tingkah laku dengan sesuatu yang seumpama dengannya. cukup indah bila didengar. tetapi bagi yang terasa mereka tidak melenting berbanding jika kita dizaman ini orang2 mencaci sesuka hati sahaja.

bagai aur dengan tebing
bagai anjing dengan kucing
bagai duri dalam daging
bagai kacang melupakan kulit
bagai itik pulang petang

bukankah indah jika rakyat Malaysia hari ini menuturkan bahasa melayu yang indah2 berbanding mereka menggunakan bahasa Melayu tetapi bahasa Melayu yang menyakitkan hati. mungkin anak muda hari lebih terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan filem2 berunsur ganas.

langsi
lu
gua
mampus
bongok
bangang

menurut beberapa artikel yang saya baca(google je) bahasa2 yang begini dipanggil slanga. slanga ialah golongan kata yang tidak termasuk dalam bahasa baku. biasanya ianya digunakan oleh golongan tertentu sahaja contoh remaja mempunyai slanga mereka tersendiri.

walauapapun, slanga yang digunakan. gunakanlah bahasa Melayu dengan sebaiknya. warisan berzaman yang dipusakakan oleh nenek moyang kita kepada kita. jangan sesekali abaikan tanggungjawab ini. jika bukan kita tidak mungkin orang luar mahu membangunkan bahasa kita. jangan jadi seperti sesetengah bahasa didunia yang telah terkubur.

SAYANGI, CINTAI DAN GUNAKANLAH BAHASA MELAYU DENGAN SEBAIKNYA.

No comments:

Post a Comment